Make your own free website on Tripod.com
Home | Page Title | New Page Title

ANJUNG SENAMA

ULAMA NUSANTARA


Islam telah bertapak di Nusantara Melayu seawal 700 Hijrah atau mungkin lebih awal dari itu. Ini terbukti dengan terdirinya kerajaan Islam Melayu - Terengganu (Batu Bersurat), Acheh (Perlak), Majapahit (Kerajaan Demak) dan Champa.

Kemasukan Islam ke kawasan ini adalah bersumberkan pendakwahan ulama' bermazhab Syafie' dari Baghdad, Iraq dan Hadralmaut, Yamen melalui kerajaan-kerajaan yang tersebut bersama perdagangan jalur lautan Nusantara (sea trade route). Penyebaran ugama Islam merangkumi desa, kota hinggalah ke istana. Apabila kesedaran untuk memahami ilmu Islam berkembang, maka wujudlah pengajian di rumah-rumah ulama' sehingga menjadi madrasah dan seterusnya menimbulkan penempatan-penempatan pelajar di sekeliling rumah / madrasah sehingga tercetusnya sistem pengajian tradisi yang dinamakan "Pengajian Pondok". Konsep pengajian halaqah (bulatan) di hadapan tuan-tuan guru serta penadahan kitab-kitab klasik Arab dan Jawi telah berkembang biak daripada Tanah Melayu, selatan Thailand (Pattani), Singapura, Brunei, Kamboja, Selatan Filipina, Tanah Jawa, Sumatera dan Kalimantan yang disebut Nusantara.

Kewujudan sistem pengajian pondok ini telah mempengaruhi ketamaddunan umat Melayu Islam Nusantara daripada segi kesusasteraan, ekonomi, politik, perundangan negara, sosio-budaya masyarakat Melayu, keperibadian serta ideologi kehidupan sehingga mampu mengeluarkan ulama'-ulama' Nusantara yang berwibawa seperti Sh. Yusof Halwati Sulawesi/Markasa, Sh. Daud Al-Fattani, Sh. Arshad Al-Banjari, Sh. Abd. Rauf Al-Fansuri dan Sh. Tok Wan Ahmad Al-Fattani, terbilang nama mereka serta penulisan kitab-kitab mereka bukan sahaja di Nusantara ini tetapi juga di seluruh dunia. Malah, kitab-kitab ini disimpan oleh penjajah-penjajah seperti Belanda, Inggeris dan Portugis hingga ke hari ini sebagai sebahagian dari bahan sejarah mereka.


Makallah makallah ULAMA NUSANTARA ini adalah tulisan Tuan Haji Wan Mohd Shaghir Abdullah yang di kumpulkan dari Akhbar Utusan Malaysia sejak tahun 2004.

Laman Web Ulama Nusantara ini adalah usaha untuk memastikan makallah makallah yang amat berguna ini senang di capai dalam satu sumber untuk dijadikan bahan ilmu dan pengajian mereka mereka yang berminat.

Segala maklumbalas sila sampaikan kepada penulis nya.







ba_01_big.jpg
Tuan Haji Wan Muhammad Saghir [kanan]

DI PERSILAKAN

Enter supporting content here